Seorang pemandu teksi ibarat duta kecil negara, yang membawa maruah tanah air dalam setiap perjalanan. Etika kerja, kejujuran, dan kesopanan menjadi tiang seri perjuangannya mencari rezeki yang halal dan diberkati. Beliau tampil kemas, beradab, menjaga keselamatan dan keselesaan penumpang dengan sepenuh hati, bukan kerana arahan tetapi atas dasar keikhlasan. Integriti bukan sekadar slogan, tetapi prinsip hidup. Kepuasan pelanggan dijadikan matlamat, bukan beban. Sekiranya tidak mampu menggalas amanah suci ini, maka hormatilah pesanan Grup Gerak Khas: “Datangmu tidak diundang, jika ragu harap pulang.” Lapangkanlah tempat kepada yang benar-benar layak.