Ada Apa Pada Nama?

Ada apa pada nama hai!-a-taxi?

Nama bukan sekadar label. Nama membawa maksud, niat, dan jiwa. Dan bila kami pilih nama hai!-a-taxi, ia bukan sembarangan gabungan huruf.

Pertama sekali, ada sapaan mesra di situ — “Hai!”. Sapaan ini ikonik, santai, penuh senyuman. Kerana kami percaya, setiap perjalanan sepatutnya bermula dengan hati yang tenang, bukan kerisauan tentang tambang, pemandu tak muncul, atau kereta tak cukup selesa. Dengan hai!-a-taxi, anda tak perlu lagi bersoal jawab dengan makcik bawang tentang teksi mana yang boleh dipercayai. Kami jauh lebih mesra... dan tentu sekali lebih profesional!

Tapi tunggu dulu — ada satu lagi lapisan makna.

Perasan tak, jika tanda seruan (!) digantikan dengan huruf kecil 'l', ia jadi hail-a-taxi? Ya, macam dalam filem Hollywood bila orang tahan teksi dengan gaya penuh drama di tengah hujan. Itulah kami. Untuk semua wira & wirawati yang pernah melambai tangan dengan penuh gaya (atau desperation) di tepi jalan. Kami faham perjuangan anda.

Dengan hai!-a-taxi, lambaian anda kini lebih berkuasa... dan kurang berpeluh.

Kerana kami bukan sekadar teksi. Kami adalah gabungan kemesraan dan kecekapan. Kami adalah senyuman di awal perjalanan dan kelegaan di hujung destinasi.

hai!-a-taxi — bila nama pun dah buat anda senyum, bayangkan perjalanannya.

Mesej Whatsapp

Sekiranya memerlukan bantuan, hubungi kami